Wednesday, December 8, 2010

Info tentang Nifas (Berpantang)

Salam. Bercerita tentang penjagaan diri dan kesihatan semasa dlm nifas/ pantang, di sini ingin saya berkongsi beberapa info penting tentang nifas. Info ini saya peroleh melalui pembacaan saya di majalah kehamilan dan kelahiran (Kompilasi majalah Feminin & Famili). Berikut merupakan perkara-perkara yang biasa terjadi semasa di dlm nifas:


1. Mudah mendapat jangkitan
Sewaktu dalam nifas, suhu badan puan mungkin mengalami peningkatan atau puan mungkin mengalami kesakitan. Demam semasa nifas menunjukkan adanya jangkitan yang sering berlaku pada saluran peranakan, atau mungkin juga disebabkan susu badan tidak keluar terutama pada hari ketiga dan keempat. Selain itu, payudara yang membengkak diikuti dgn kesakitan juga boleh menyebabkan puan demam. Demam ini biasanya akan sembuh selepas 24 jam.


2. Kejang di bahagian perut
Wanita yang pertama kali melahirkan akan mengalami pengecutan rahim dan cenderung kepada kelesuan selain timbulnya kesakitan atau kekejangan perut. Tambahan pula jika terdapat darah beku di dalam rahim. Kadangkala kesakitan ini menyebabkan si ibu mengalami kesakitan yang kuat dan memerlukan ubat untuk meredakannya. Selain itu, kesakitan perut juga dapat dirasai ketika bayi menyusu badan. Kesakitan ini akan hilang dengan sendirinya.


3. Perubahan kandungan darah
Jumlah sel darah merah dan hemoglobin akan berubah, jumlah sel darah putih mungkin bertambah. Selepas seminggu, semuanya akan kembali normal. Degupan jantung dan jumlah darah yang dipam oleh jantung masih lagi tinggi ketika awal nifas.Namun, selepas 2 minggu, ia akan kembali normal.


4. Berat badan turun
Selepas bersalin, puan akan kehilangan berat badan antara 5-6kg (selepas bayi keluar bersama plasenta, air ketuban dan darah). 2-3kg lagi melalui air kencing. Ini adalah proses tubuh mengeluarkan cecair yang dahulunya dihasilkan semasa hamil. Kebanyakan wanita akan kembali ke berat idealnya selepas 6 bulan, biarpun sebahagian besar lagi akan bertambah berat badan.


5. Segera bergerak
Ketika nifas juga, puan sebaiknya melakukan pergerakan mudah dan ringkas beberapa jam. Selepas bersalin, segeralah bangun dari tempat tidur dan cuba bergerak. Jika dpt bergerak dgn byk adalah lebih baik. Dengan cara ini, masalah untuk membuang air kecil dan air besar dpt diatasi.


6. Menjaga kebersihan
Vulva (bibir kemaluan) harus selalu dibersihkan. Jika tidak, boleh sebabkan risiko jangkitan. Jika terdapat bengkak, tekapkan tempat tersebut ddgn air batu bagi mengurangkan ketidakselesaaan. Atau, boleh juga dilakukan dgn cara duduk rapat dan berendam dlm air suam selepas  24 jam bersalin. Sekiranya tiada jangkitan, penggunaan antiseptik tidak diperlukan, cukup sekadar mencuci dgn air bersih sahaja. Tidak perlu risau jahitan akan terbuka.


7. Jangan tahan
Rasa sakit atau takut akan menyebabkan anda enggan membuang air kecil. Tetapi, cubalah membuangnya secara teratur kerana kandungan urin berlebihan akan mengganggu proses pengecutan dan menyebabkan pendarahan di rahim. Begitu juga halnya dengan membuang air besar. Sesudah wanita melahirkan, biasanya keinginan untuk membuang air besar akan terbantut kerana ditakuti jahitan akan terbuka. Namun, najis yang terkumpul beberapa hari dan tidak dikeluarkan akan menjadi keras dan ini akan menyukarkan lagi pembuangan air besar.


8. Berwaspada 'post-partum blues'
Sebahagian wanita selepas melahirkan mengalami tekanan yang dipanggil 'post-partum blues'. Ia disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan emosi (berasa takut melahirkan), terlalu letih, berasa janggal, bimbang tidak mampu menjaga bayi, dan gusar perubahan bentuk badan. Tekanan perasaan sebegini biasanya akan hilang selepas 2-3 hari, namun adakalanya keadaan ini boleh menjadi lebih lama. Perhatian daripada suami dan keluarga dapat membantu menghilangkan tekanan ini.