Showing posts with label Kehamilan/ Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan/ Pregnancy. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Cara Penyimpanan Susu Ibu Perahan

Salam.

Di sini saya ingin berkongsi cara-cara bagaimana untuk menyimpan susu ibu perahan.

  1. Susu ibu perahan hendaklah disimpan/ dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan susu atau botol penyimpanan susu ibu atau plastik penyimpanan susu ibu yang sesuai, di mana material yang digunakan untuk penyimpanan tersebut bebas BPA (BPA Free).
  2. Berapa oz untuk satu bekas penyimpanan bergantung  kepada berapa banyak bayi minum untuk satu sesi. Kebiasaannya, kita galakkan menyimpan secara 2-3 oz untuk satu bekas penyimpanan. Jadi, apabila telah dicair/atau dipanaskan, tidak akan membazir untuk baki yang tidak diminum.
  3. Selain itu, sila pastikan setiap bekas penyimpanan dicatat tarikh dah masa perahan untuk mengelakkan daripada susu tersebut masih digunakan walaupun tempoh ketahanan susu tersebut telah tamat.
  4. Semasa menyimpan di dalam peti sejuk/ peti sejuk beku/ peti dingin beku, sila pastikan bahawa susu ibu perahan tersebut disimpan di bahagian dalam supaya suhu dingin lebih tahan lama.
  5. Ketahanan susu:
  • Dalam suhu bilik biasa : 4 ke 6 jam
  • Dalam suhu bilik berhawa dingin : 8 ke 10 jam
  • Dalam peti sejuk : 5 hari
  • Dalam peti sejuk beku satu pintu : 2 minggu
  • Dalam peti sejuk beku dua pintu : 3 bulan
  • Dalam peti dingin beku : sehingga 6 bulan
  1. Untuk memanaskan susu ibu perahan, susu yang diletakkan di peti sejuk beku/ dingin beku hendaklah dicairkan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipanaskan. Jumlah susu yang perlu diturunkan adalah bergantung kepada berapa banyak amaun  yang diminum oleh bayi sepanjang berada di rumah pengasuh.
  2. INGAT!!! Susu yang telah dicairkan tidak boleh lagi disimpan di dalam peti sejuk/dingin beku. Ketahanan susu tersebut adalah selama 24 jam.
  3. Untuk memanaskan susu yang telah dicairkan di dalam peti sejuk, hendaklah menggunakan warmer atau air suam. TIDAK BOLEH dipanaskan di dalam microwave atau air yang sedang mendidih.
  4. Susu yang telah dipanaskan, boleh tahan selama lebih kurang 1 ke 2 jam.

Saturday, September 24, 2011

Breast Pump

Salam.

Bercerita tentang penyusuan susu ibu (breastfeeding), biasanya dikaitkan dengan breast pump. Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan, akan mula memikirkan sama ada mahu menyusu bayi yang bakal lahir secara eksklusif atau tidak.

Pada pendapat saya, sekiranya jawapan yang diberi ialah ya, ditambah pula dengan ibu itu seorang ibu yang bekerjaya, ibu itu patut memikirkan dan membuat perhitungan tentang breast pump bagaimana yang sesuai digunakan nanti. Terdapat pelbagai pilihan breast pump di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Ada yang berfungsi secara manual, bateri dan/atau elektrik. Ada pula yang hanya boleh mengepam sebelah payudara dalam satu masa dan ada juga yang boleh melakukannya kedua-dua belah payudara sekali dalam satu masa.

Apapun pilihan terletak di tangan ibu itu sendiri. Tiada paksaan di dalam memilih pam mana yang terbaik. Bagi saya, setiap orang ada pendapat dan kesesuaian masing-masing. Di sini, saya cuma ingin mencadangkan beberapa pam yang mungkin boleh dimiliki oleh ibu-ibu bekerjaya berdasarkan bajet dan kesesuaian. Review adalah berdasarkan pendapat saya sahaja, juga melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.


Model: Medela Mini Electric
Review:
Pam ini merupakan dwi-fungsi, di mana ibu-ibu boleh menggunakannya secara bateri atau elektrik. Ia membolehkan ibu-ibu mengepam sebelah payudara sahaja pada satu masa. Penggunaan 2 bateri AA. Saiznya yang kecil menarik perhatian ibu-ibu. Sesuai untuk penggunaan di rumah mahupun di luar. Mudah dibawa ke mana-mana.


Model: Medela Freestyle
Review:
Pam ini merupakan pam yang terkecil di dunia (lebih kurang sebesar tapak tangan) tetapi mempunyai kelebihan dari segi pengepaman berganda secara elektrik/bateri yang sangat memuaskan. Penggunaan bateri rechargeable. Harga bagi set pam ini agak mahal tetapi hasilnya sangat berbaloi. Penggunaanya lebih flexible di mana ibu-ibu boleh memilih sama ada mahu memegang botol perahan atau pun menggantungnya menggunakan kit yang disediakan tanpa perlu memegang botol (handsfree), di samping tetap boleh melakukan tugasan seharian. Ianya amat sesuai bagi ibu-ibu yang melakukan penyusuan secara eksklusif dan kerap.

Model: Medela Swing
Review:
Pam elektrik ini besar sedikit dari pam medela freestyle. Menggunakan butang untuk fungsi on/off dan melaraskan sedutan (suction). Hanya boleh melalukan pengepaman sebelah payudara pada satu masa. Sesuai untuk penggunaan biasa mahupun eksklusif dan kerap.


Model: Medela Harmony
Review:
Pam ini merupakan pam manual yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun ianya adalah pam manual tetapi ramai juga ibu-ibu di luar sana selesa menggunakannya. Memberikan hasil sedutan hampir kepada sedutan bayi. Tidak menyakitkan.


Model: Spectra3
Review:
Pam elektrik berganda berganda yang memberikan kepuasan kepada pengguna. Mempunyai sedutan hampir kepada hisapan bayi dan tidak menyakitkan kerana ibu-ibu boleh melaras sendiri tahap sedutan yang dirasakan selesa. Walaupun mesin pam agak berat tetapi harga dan hasil yang diberikan berbaloi bagi pam elektrik berganda. Saya juga merupakan salah seorang pengguna pam ini dan saya sangat berpuas hati dengan hasil yang diberikan.



Model: Unimom Allegro
Review:
Pam ini kecil dan ringan. Penggunaan elektrik/bateri (4AA bateri). Boleh berfungsi untuk sebelah atau dwi pengepaman. Feedback yang saya dapat dari pengalaman beberapa pengguna pam ini mengatakan ianya tidak menyakitkan dan memberikan sedutan yang baik. Sesuai untuk penggunaan biasa.

Model: Unimom Mezzo
Review:
Pam manual ini tidak menyakitkan dan dapat memberikan sedutan yang baik. Sangat berbaloi kerana harganya tidak begitu mahal. Saya sendiri menggunakan pam ini dan berpuas hati dengan hasilnya.

Bagi ibu-ibu yang merupakan suri rumah atau yang tidak membuat penyusuan eksklusif mungkin boleh juga merujuk kepada review-review di atas untuk pemilihan pam yang sesuai.

Pilihan terletak di tangan ibu-ibu sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Sekali lagi, kesemua review yang diberikan adalah berdasarkan pendapat, pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. Mungkin juga ibu-ibu di luar sana mempunyai pendapat yang berlainan.

Jumpa lagi.

Thursday, September 15, 2011

Persediaan Untuk Menerima Cahaya Mata

Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Persediaan untuk menerima kedatangan bayi. Biasanya ibu bapa yang baru pertama kali ingin menimang cahaya mata akan lebih teruja membuat persediaan untuk kedatangan insan baru dalam hidup mereka.Saya kongsikan di sini beberapa persediaan yang perlu dibuat mengikut pengalaman dan cara saya.

Antara persediaan yang harus dibuat termasuklah menghias bilik si kecil. Untuk menghias bilik si kecil ini, biasanya ibu bapa telah terlebih dahulu mengetahui jantina anak yang bakal lahir melalui keputusan scanning oleh doktor. Jika bayi yang bakal dilahirkan itu perempuan, bilik itu akan dihiasi dengan elemen-elemen yang feminin. Jika sebaliknya, bilik itu akan nampak lebih kelelakiannya. Bagi ibu bapa yang menanti kejutan jantina bayi yang bakal lahir, mungkin boleh menghias bilik itu neutrally. Namun begitu, tidak semua ibu bapa yang akan menyediakan satu bilik khas untuk bayi mereka yang baru lahir. Untuk itu, cukup sekadar sediakan baby cot/ playpen untuk bayi dan aksesori yang sesuai. Apapun, terpulang kepada keputusan yang dipersetujui kedua-dua ibu bapa.

Selain itu, antara perkara penting yang perlu dicatitkan dalam diari ibu hamil ialah persediaan untuk menghadiri kelas penyusuan. Ini bukan hanya tertakluk kepada ibu yang pertama kali hamil tetapi kepada semua ibu-ibu hamil yang ingin mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu.

Dan yang ketiga, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar tentang cara menukar lampin bayi, lampin yang sesuai ( sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden yang lebih menjimatkan wang dan membantu di dalam melindungi alam sekitar). Sekiranya bayi mendapat ruam lampin, apa yang patut dibuat, krim atau losyen yang sesuai dengan bayi dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi persediaan yang perlu dibuat. Mungkin saya akan update lagi di lain masa, Insya-Allah.



Wednesday, August 17, 2011

Pemilihan Botol Susu dan Teat yang Sesuai untuk Bayi yang Menyusui Susu Ibu

Salam.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang tajuk di atas.

Ibu-ibu adalah tidak digalakkan untuk mendedahkan penyusuan melalui botol pada minggu-minggu awal kelahiran bayi kerana dikhuatiri bayi lebih suka untuk minum terus dari botol susu. Ini akan menyebabkan produksi susu ibu akan terganggu. Namun, apabila ibu-ibu sudah hampir mahu memulakan tugas, kebanyakan ibu-ibu memilih untuk melatih bayi minum menggunakan botol susu apabila ditinggalkan dengan pengasuh nanti.

Pemilihan botol susu dan teat yang bersesuaian adalah perlu di mana tidak ada jawapan yang benar-benar pasti. Sebaliknya, ibu-ibu hendaklah melihat 'trend' bayi itu sendiri, yang mana satu botol susu dan teat yang sesuai dan selesa bagi bayi. Memang mungkin pada peringkat awal, sesetengah ibu terpaksa berhabis duit untuk memilih dan mencari botol susu dan teat yang sesuai. Itu adalah jalan yang terbaik.

Ada bayi yang lebih suka teat yang berbentuk bulat di depan, ada pula yang lebih suka dan selesa minum melalui 'orthodontic teat'. Apa sekalipun, bagi bayi yang menyusui susu ibu digalakkan untuk memperkenalkan bayi dgn teat 'newborn' atau 'size 1' atau ' slow flow'. Ini adalah salah satu cara mengelak bayi daripada mengalami 'nipple confusion'. Sekiranya bayi masih menyusu susu ibu semasa berumur 3, 6 atau 1 tahun, ibu-ibu tidak perlu beralih kepada saiz teat yang lebih besar kerana 'mother's nipple' tidak akan berubah saiznya.

Ini adalah salah satu botol susu dan teat yang disukai oleh kebanyakan bayi:

MAM Anti-Colic Feeding Bottle 160ML (RM33.50):



Monday, July 11, 2011

Modu Breastpump

Salam.
Bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif, ibu-ibu terutama yang bekerjaya akan mencari pam penyusuan (breastpump) yang menjimatkan masa,  selesa, tidak menyakitkan, dan mudah dibawa ke tempat kerja. Tidak lupa juga pembelian pam penyusuan tersebut sesuai dengan bajet seseorang ibu itu.

Terbaru di pasaran, Pam Penyusuan Modu (Modu Breastpump) yang diilhamkan dari seorang ibu muda yang juga merupakan Kaunselor Laktasi. Pam ini merupakan pam bergred hospital untuk kegunaan persendirian. Keistimewaan pam ini yang ringan dan kecil, mudah untuk dibawa ke mana-mana.  Ciri-cirinya yang unik, mempunyai sedutan lebih kurang sedutan seorang bayi (mimic baby suction), didatangkan dengan fungsi double-pumping.
Ekstra:
Sedutan (Suction) bagi pam ini boleh dilaraskan sehingga level 6. Level 1 dan 2 adalah untuk proses stimulasi. Level 3 hingga 6 adalah level untuk mengepam. Fungsi soft-fit memberikan keselesaan kepada pengguna. Mempunyai butang untuk mencuci mesin sekiranya berlaku backflow.  Parts untuk tukar ganti juga mudah didapati.
Satu set pam ini berharga RM559.00. Tetapi untuk 2 orang pembeli pertama akan mendapat harga istimewa RM509.00. Untuk setiap pembelian pam penyusuan modu ini juga, pembeli akan menerima 2 membrane+1 kotak beg penyimpan susu ibu, hanya di Simple Mom And Kids.
Set pam ini juga boleh didapati dalam satu pakej lengkap.  Di antara pakej-pakej yang disediakan termasuklah:
Modu AIO Cooler Set (RM552.00)



Modu Shield Bag AIO Set (RM578.00)
1 set of Modu Breastpump
1 SD Shield Bag (Pilihan warna Putih, Kelabu, atau Hitam)

1 Bag For Mom Cooler Bag (Pilihan warna Kuning, Merah, Pink, Ungu, Biru atau Hijau)
1 Thermafreeze
10 PP Storage Bottles

Tuesday, June 28, 2011

Mitos vs Fakta

Mitos 1
Wanita hamil tidak boleh mengambil minuman berkafein.

Fakta 1
Sebenarnya ianya adalah selamat bagi wanita hamil untuk minum minuman berkafein sebanyak 200mg/12oz sehari, tetapi tidak digalakkan untuk mengambil lebih daripada jumlah tersebut kerana dikhuatiri berlaku keguguran.

Mitos 2
Tiada risiko bagi ibu dan bayi sekiranya mengambil epidural.

Fakta 2
Terdapat beberapa risiko yang mungkin dialami setelah pengambilan epidural seperti menggeletar, sakit belakang, dan pernafasan tersumbat, juga boleh menyebabkan proses kelahiran semulajadi lebih sukar.

Mitos 3
Ibu baru melahirkan mudah lupa.

Fakta 3
Walaupun ibu-ibu yang baru melahirkan mudah lupa perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan bayi, namun data penyelidikan menunjukkan peningkatan di  beberapa bahagian otak/minda yang menjadikan ibu-ibu lebih pantas dan bijak selepas melahirkan.

Mitos 4 
Bayi yang besar/ berat semasa berada di dalam kandungan akan menyebabkan proses kelahiran lebih sukar.

Fakta 4
Sebenarnya banyak faktor yang akan membawa kepada proses kelahiran menjadi lebih sukar, salah satu penyebab utama ialah kedudukan bayi semasa di dalam kandungan.

Mitos 5
Sekiranya seseorang ibu itu tidak mengamalkan diet/ pemakanan yang sihat, lebih baik memberi bayi susu formula.

Fakta 5
Kecuali seseorang ibu itu mengambil dadah atau ubat-ubatan yang mengandungi dos yang tinggi, penyusuan susu ibu (breastfeeding) itu sentiasa merupakan opsyen terbaik bagi bayi berbanding susu formula

Thursday, April 14, 2011

Kehamilan: Pengalaman dan Tips

Setelah tiga tahun menempuh alam rumah tangga, kini saya telah memiliki sepasang cahaya mata. Seorang puteri yang comel yang bijak, petah berkata-kata pada usia 1 tahun 7 bulan diberi nama Zara Damia. Namun, hanya bertahan lebih kurang 2 bulan setengah sahaja breastfeed (itupun mix up dgn susu formula). Dan seorang putera yang tinggi dan comel, juga menampakkan tumbesaran fizikal yang lebih cepat berbanding kakaknya, tidak lupa, tersangat manja dgn mak nya (that's me), diberi nama Muhammad Izz Irfan (dah nak masuk 4 bulan breastfeed, Alhamdulillah).

Teringat kembali pengalaman mengandung kedua-dua anak. Memang ada perbezaan antara kedua-duanya. Semasa mengandung anak yang sulung, saya terlalu teruk mengalami alahan. Semua makanan akan keluar balik sejurus selesai makan. Badan saya rasa terlalu lembik pada 4 bulan pertama. Masuk trimester kedua, saya mula sihat, sudah tiada lagi muntah-muntah selepas makan. Apabila sampai ke trimester ketiga, saya mula melalui pengalaman seperti di trimester pertama tetapi kali ini tidak terlalu teruk. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah saya melahirkan.

Berbeza dengan pengalaman semasa mengandung anak kedua, tiada alahan pada waktu siang, hanya alah pada waktu malam sepanjang 3 bulan pertama. Selepas itu, semuanya ok. Lebih aktif dan tidak duduk diam.

Dari segi kesihatan diri semasa mengandung, mengandung anak sulung, saya tiada masalah kesihatan. Tetapi mengandung anak kedua, saya kerap mengalami 'urinary infection'. Kurang minum air masak, doktor kata. Memang benar seperti yang diberitahu doktor, kekadang saya terlupa untuk minum air.

Dari segi persediaan rohani dan pendidikan semasa di dalam kandungan, mengandung yang sulung, saya kerap berzikir, solat sunat, membaca al-quran. Di samping itu, kerap bersembang dan memberi nasihat kepada anak sambil mengusap perut. Tetapi bagi anak kedua, saya kurang melakukan perkara-perkara tersebut kerana lebih sibuk, konon! (Hmm, mak minta maaf Irfan. Bukan sengaja tapi berusaha juga mencuri masa untuk membaca al-quran untuk anak tersayang. Cuma tidak berulang kali seperti mengandung kakak Damia).

Puan-puan, ingatlah, curi masa sebanyak mungkin untuk persediaan rohani dan kerapkan berkomunikasi dengan anak semasa di dalam kandungan. Saya boleh lihat perbezaan di mana anak yang sulung lebih mudah menurut kata berbanding yang kedua. Anak yang sulung apabila lahir, sudah biasa mendengar nasihat saya sejak dari dlm kandungan. Tetapi putera saya, dia mudah faham apa yang saya cakap cuma mungkin dia perlu sedikit masa untuk memproses data yang kita beri. Namun, Alhamdulillah, semakin dia membesar, hari ke hari Irfan makin pantas memahami dan mendengar nasihat. Saya mengingatkan diri saya supaya sekiranya ada rezeki, dapat melalui pengalaman mengandung sekali lagi, saya berharap dapat membuat persediaan rohani dan pendidikan awal semasa bayi masih di dalam kandungan.

Di sini adalah antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca oleh bakal-bakal ibu (Baca berulang kali, jika boleh):
  • Al-Fatihah
  • Surah Maryam
  • Surah Luqman
  • Surah Yusuf
  • Surah Hujurat
  • Surah Yaasin
  • Surah An-Nahl
Selepas selesai membaca al-quran, berdoalah dengan penuh yakin dan insaf, untuk Allah permudahkan segala urusan; sepanjang mengandung, bersalin, dalam pantang, dan sepanjang membesarkan anak-anak. Jangan lupa juga mohon ampun daripada suami kerana syurga seorang isteri terletak pada suami.

Friday, November 12, 2010

Tekanan darah rendah di kalangan wanita hamil

Hari ni sudah masuk 3 hari saya mengalami sakit kepala. Sakit kepala yang x blh nak describe; badan rasa melayang2, kadang2 tiba-tiba badan berpeluh-peluh, rasa nak pitam. Kadang2 tu rasa darah turun naik, stress tp x tau apa yg saya stress kan. Mlm bila terjaga susah nak lena blk, rasa semua posisi x selesa.
Mlm semlm suami saya bawa saya ke klinik, check up. Takut ada yang x kena, kandungan dah nak masuk 8 bulan. Dr kata tekanan darah saya rendah. Tp x perlu mkn ubat. Cuma perlu meneruskan pengambilan vitamin. Hmm, badan mmg rasa x selesa tp saya x layan sgt. Kandungan kali ni berbeza dr yg dulu. Masa anak sulung dulu, saya mengalami alahan yg teruk di awal dan akhir kehamilan. Hampir bersalin, alahan dah makin kurang. Tp kali ni, saya x alah sgt di awal kehamilan. Tp sejak meningkat usia kandungan, mcm2 yang saya alami. Betul spt kata kebanyakan org, setiap kandungan itu berbeza antara satu sama lain.

Klik pada link di bwh untuk article tekanan darah rendah di kalangan wanita hamil;