Wednesday, August 17, 2011

Pemilihan Botol Susu dan Teat yang Sesuai untuk Bayi yang Menyusui Susu Ibu

Salam.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang tajuk di atas.

Ibu-ibu adalah tidak digalakkan untuk mendedahkan penyusuan melalui botol pada minggu-minggu awal kelahiran bayi kerana dikhuatiri bayi lebih suka untuk minum terus dari botol susu. Ini akan menyebabkan produksi susu ibu akan terganggu. Namun, apabila ibu-ibu sudah hampir mahu memulakan tugas, kebanyakan ibu-ibu memilih untuk melatih bayi minum menggunakan botol susu apabila ditinggalkan dengan pengasuh nanti.

Pemilihan botol susu dan teat yang bersesuaian adalah perlu di mana tidak ada jawapan yang benar-benar pasti. Sebaliknya, ibu-ibu hendaklah melihat 'trend' bayi itu sendiri, yang mana satu botol susu dan teat yang sesuai dan selesa bagi bayi. Memang mungkin pada peringkat awal, sesetengah ibu terpaksa berhabis duit untuk memilih dan mencari botol susu dan teat yang sesuai. Itu adalah jalan yang terbaik.

Ada bayi yang lebih suka teat yang berbentuk bulat di depan, ada pula yang lebih suka dan selesa minum melalui 'orthodontic teat'. Apa sekalipun, bagi bayi yang menyusui susu ibu digalakkan untuk memperkenalkan bayi dgn teat 'newborn' atau 'size 1' atau ' slow flow'. Ini adalah salah satu cara mengelak bayi daripada mengalami 'nipple confusion'. Sekiranya bayi masih menyusu susu ibu semasa berumur 3, 6 atau 1 tahun, ibu-ibu tidak perlu beralih kepada saiz teat yang lebih besar kerana 'mother's nipple' tidak akan berubah saiznya.

Ini adalah salah satu botol susu dan teat yang disukai oleh kebanyakan bayi:

MAM Anti-Colic Feeding Bottle 160ML (RM33.50):



Sunday, August 7, 2011

Peranan Bapa Di Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Salam.

Senario:
'Tanggal 20 December 2010, proses bersalin telah  selesai. Syukur Allah kerana masih memberi peluang untuk aku terus hidup di dunia ini sebagai hambaMu. Terima kasih juga kerana memberi peluang kepadaku menjadi seorang ibu untuk bayiku dan seterusnya menyusukan bayi itu dengan hasil yang datang dari darah dagingku. Penyusuan susu ibu. Ya, walaupun aku seorang ibu bekerjaya tetapi tidak menamatkan tempoh penyusuan susu ibu secara eksklusif hanya setakat habis berpantang. Sebaliknya penyusuan secara eksklusif harus diteruskan sehingga bayi berumur 6 bulan.'

Senario di atas menunjukkan peranan seorang ibu untuk menyusukan bayinya secara eksklusif. Tanggungjawab ini tidak hanya tertakluk pada ibu itu sahaja malahan perlu mendapat sokongan dan bantuan dari suami atau bapa. Berikut disenaraikan peranan-peranan seorang suami dan bapa di dalam menjayakan penyusuan susu ibu:
  1. Bersama-sama menambah ilmu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu dengan menghadiri kelas penyusuan dan/atau melalui pembacaan dan pengalaman orang lain.
  2. Membantu memberi keselesaan kepada ibu semasa menyusukan anak seperti meletak bantal untuk disandar atau membawakan air masak yang cukup untuknya kerana penyusuan akan menyebabkan kehausan kepada si ibu.
  3. Bantu ibu bertenang semasa penyusuan dan betulkan posisi 'latching' seorang bayi.
  4. Biarkan ibu tidur semasa bayi sedang tidur kerana ibu memerlukan rehat yang cukup untuk segeran pulih selepas bersalin.
  5. Membantu di dalam kerja-kerja rumah supaya si ibu dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap penjagaan kesihatan ibu dan juga bayi.
  6. Membantu menjaga anak yang lebih tua supaya si ibu dapat berehat dengan bayi.
  7. Masak makanan yang berkhasiat untuk ibu.
  8. Pastikan ibu dibantu oleh sesiapa semasa ketiadaan bapa.
  9. Memberi sokongan penuh kepada isteri di dalam penyusuan susu ibu.
  10. Menjadi seorang pendengar setia kepadan ibu. Memberi semangat kepada ibu untuk penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Wednesday, August 3, 2011

Resipi Mi Kuah

Salam.

Selamat berpuasa semua. Hari pertama puasa tahun ni, suami saya teringin nak makan mi kuah (resipi yang saya dapat dari episod 'Resipi dari Istana' dari Kerabat Diraja Perak. Resipi ni dimasak buat pertama kali semasa saya masih mengandung anak sulung saya. Ini merupakan kali kedua saya memasaknya. Risau jugak takut x jadi, tp Alhamdulillah suami saya makan dengan begitu berselera sekali. Saya ingin kongsikan resipi ini disini (Maaf, saya terlupa untuk mengambil gambar mi yang telah siap dimasak). Saya masak resipi ini mengikut citarasa dan selera saya dan suami.

Resipi Mi Kuah (Lbh kurang untuk 2-3 orang makan)
1 bungkus mi kuning (dicelur)
Isi ayam/ daging/ udang
Sayur Sawi dan taugeh
Tauhu
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Halia (dalam 1/2 inci) (dikisar)
8 sudu cili boh/ 10 cili kering (dikisar)
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 camca teh kicap
Air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak Masak

Untuk hiasan:
Daun sup dan daun bawang
Cili merah
Bawang goreng

Cara memasaknya:
Pertama sekali, goreng tauhu terlebih dahulu. Kemudian, angkat dan ketepikan (Apabila sudah kurang panas, belah dua dan hiris tauhu yang telah digoreng tadi). Panaskan sedikt minyak masak, tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Kemudian, masukkan isi ayam/ daging/ udang. Masukkan air (Biarkan berkuah). Apabila telah hampir masak, masukkan sayur sawi dan taugeh beserta mi kuning yang telah dicelur tadi. Garam dan gula secukup rasa dan jangan lupa akhir sekali, masukkan tauhu goreng yang telah dihiris tadi. Hiaskan dengan bahan-bahan hiasan.

Wednesday, July 13, 2011

Berapa banyak susu ibu perahan yang perlu ditinggalkan di rumah pengasuh?

Salam.

Hari ini saya mendapat satu informasi yang ingin dikongsikan bersama-sama ibu-ibu bekerja di luar sana yang mempraktikkan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Soalan yang sering bermain di minda saya sebagai ibu apabila ingin meninggalkan susu perahan di rumah pengasuh. Moga informasi ini berguna untuk semua.

Seringkali kita berada dalam kekeliruan sama ada bayi kita tidak mendapat cukup susu atau tidak, terutama apabila pengasuh meminta lebih stok susu perahan dihantar. Kita tidak perlu terlalu menurut kata pengasuh sebaliknya kita boleh membuat anggaran berapa banyak yang sepatutnya amaun susu perahan yang patut diambil oleh bayi kita sepanjang kita berada di tempat kerja. Tak nak nanti bayi kita terlebih minum pulak kan.

Secara amnya, bayi jumlah oz yang bayi akan minum dalam sehari (24 jam) adalah bergantung kepada berat badan bayi tersebut (dalam pounds(lbs)) x 3 oz. Ini bermakna, sebagai contoh anak saya mempunyai berat sebanyak 7kg, bersamaan lebih kurang 15.5lbs. Cara pengiraan adalah seperti berikut:


= 15.5lbsx3oz x 9hr(jumlah jam sepanjang berada di rumah pengasuh)
                           24 hr
Nota:
1kg berat bayi bersamaan lebih kurang 2.3lbs.

Jadi, jumlah pengambilan susu perahan anak saya sepanjang berada di rumah pengasuh dalam sehari adalah sebanyak lebih kurang 15-18oz.

Namun, apabila bayi sudah mula makan, jumlah pengambilan biasanya akan berkurang sebanyak 1-3oz dari kebiasaan.






Monday, July 11, 2011

Modu Breastpump

Salam.
Bagi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif, ibu-ibu terutama yang bekerjaya akan mencari pam penyusuan (breastpump) yang menjimatkan masa,  selesa, tidak menyakitkan, dan mudah dibawa ke tempat kerja. Tidak lupa juga pembelian pam penyusuan tersebut sesuai dengan bajet seseorang ibu itu.

Terbaru di pasaran, Pam Penyusuan Modu (Modu Breastpump) yang diilhamkan dari seorang ibu muda yang juga merupakan Kaunselor Laktasi. Pam ini merupakan pam bergred hospital untuk kegunaan persendirian. Keistimewaan pam ini yang ringan dan kecil, mudah untuk dibawa ke mana-mana.  Ciri-cirinya yang unik, mempunyai sedutan lebih kurang sedutan seorang bayi (mimic baby suction), didatangkan dengan fungsi double-pumping.
Ekstra:
Sedutan (Suction) bagi pam ini boleh dilaraskan sehingga level 6. Level 1 dan 2 adalah untuk proses stimulasi. Level 3 hingga 6 adalah level untuk mengepam. Fungsi soft-fit memberikan keselesaan kepada pengguna. Mempunyai butang untuk mencuci mesin sekiranya berlaku backflow.  Parts untuk tukar ganti juga mudah didapati.
Satu set pam ini berharga RM559.00. Tetapi untuk 2 orang pembeli pertama akan mendapat harga istimewa RM509.00. Untuk setiap pembelian pam penyusuan modu ini juga, pembeli akan menerima 2 membrane+1 kotak beg penyimpan susu ibu, hanya di Simple Mom And Kids.
Set pam ini juga boleh didapati dalam satu pakej lengkap.  Di antara pakej-pakej yang disediakan termasuklah:
Modu AIO Cooler Set (RM552.00)



Modu Shield Bag AIO Set (RM578.00)
1 set of Modu Breastpump
1 SD Shield Bag (Pilihan warna Putih, Kelabu, atau Hitam)

1 Bag For Mom Cooler Bag (Pilihan warna Kuning, Merah, Pink, Ungu, Biru atau Hijau)
1 Thermafreeze
10 PP Storage Bottles

Wednesday, July 6, 2011

Adakah Saya Kekurangan Susu?

Masalah kekurangan susu atau low milk supply adalah masalah yang sering menghantui ibu-ibu yang menyusu bayi. Kebanyakan ibu mempunyai tanggapan yang salah di dalam menilai penghasilan susu badan. Sebenarnya cara yang terbaik untuk menilai sama ada bayi mendapat cukup susu atau tidak adalah melalui:
  1. peningkatan berat badan
  2. pembuangan najis bayi yang kerap sebanyak 3-4 kali sehari. Atau, ada juga bayi yang menyusui susu ibu tidak membuang najis setiap hari. Ianya adalah normal sekiranya berlaku dalam masa 10 hari dan bayi tidak mengalami sembelit. Namun, sekiranya lebih dari 10 hari, ibu-ibu hendaklah membawa bayi berjumpa pakar kanak-kanak.

Thursday, June 30, 2011

Iman

Salam.

Semalam semasa dalam perjalanan balik ke rumah, saya dengar radio memutarkan lagu 'Iman Adalah Mutiara' nyanyian kumpulan nasyid Raihan. Ia mengingatkan saya tentang tahap keimanan saya, suami, dan anak-anak.

Di sini saya sertakan lirik bagi renungan dan peringatan kita bersama.

Iman adalah mutiara,
Di dalam hati manusia,
Yang menyakini Allah,
Maha Esa, Maha Kuasa.

Tanpamu Iman bagaimanalah,
Merasa diri hamba pada-Nya,
Tanpamu Iman bagaimanalah,
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang ayah yang bertaqwa,
Ia tak dapat dijual beli,
Ia tiada di tepian pantai.

Walau apapun caranya jua,
Engkau mendaki gunung yang tinggi,
Engkau merentas lautan api,
Namun tak dapat jua dimiliki,
Jika tidak kembali pada Allah.