Wednesday, February 23, 2011

Penyusuan Susu Ibu dan Jaundis

Salam. Alhamdulillah, saya sudah habis melalui tempoh berpantang. Anak saya kini berusia 2 bulan 4 hari. Hari ini saya ingin berkongsi informasi tentang hubung-kait penyusuan susu ibu dan jaundis. Anak saya juga mengalami Jaundis pada 2 minggu pertama kelahiran. Saya memperoleh informasi ini dari laman sesawang http://www.ratuhati.com. 

Bagaimana Jaundis terjadi? Apa itu bilirubin?
Apabila sel darah merah dileraikan, birubilin akan dihasilkan. Kebiasaannya birubilin diproses di hati dan dikumuhkan keluar dari badan ke air kencing oleh buah pinggang. Hati bayi kadang-kala tidak dapat memproses birubilin dengan cepat berbanding penghasilannya. Birubilin ini akan wujud di dalam darah dan mula kelihatan di kulit, bahagian mata putih dan membran mukus (contohnya di bahagian dalam mulut). Apabila ini terjadi, bayi akan kelihatan kuning dan dikatakan menghidapi jaundis. Kebiasaannya jaundis hilang dalam amsa 1-2 minggu dan tidak memerlukan rawatan khas. Sedikit birubilin dalam darah adalah normal, tetapi apabila kepekatannya bertambah sehingga ke peringkat hyperbilirubinemia ia menjadi bahaya. Kadar birubilin yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecederaan saraf yang serius seperti kerosakan otak dan kehilangan deria pendengaran.
Oleh itu, adalah dinasihatkan jika anda mendapati kelainan warna pada kulit, mata, dan sebagainya pada bayi anda atau lebih bahasa mudahnya anda syak anak kena jaundis/kuning, SILA RUJUK BAYI ANDA PADA PAKAR KANAK-KANAK/ PEDIATRICIAN untuk dapatkan rawatan dengan segera.
Kenapa dan bila jaundis perlu diambil berat dan dirawat
Paras bilirubin sebenarnya perlu diambil berat. Ini kerana jika bacaan terlalu tinggi, ianya boleh sebabkan kerosakan sel dan menyebabkan toksik bila ianya beredar di dalam darah. Walaupun kebanyakkan sel boleh tumbuh/ terhasil semula tetapi tidak bagi sel otak yang musnah disebabkan oleh bilirubin.
Bagaimana Cara dan Mengapa Penyusuan Susu Ibu Penting dalam Mencegah dan Merawat Jaundis?
Anda boleh:
1. Mulakan penyusuan susu ibu seawal mungkin selepas kelahiran.
Pastikan anda beritahu doktor atau jururawat anda, yang anda mahukan bayi anda seawal mungkin selepas kelahiran. Kalau boleh semasa dalam bilik bersalin lagi.
Susukan sekerap yang mungkin. Tidak perlu tunggu baby nangis tetapi susukan bayi anda setiap 1 ½ jam atau 2 jam sekali. Bayi yang baru lahir perlu disusukan sekurang-kurangnya 8 kali hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
2. Tingkatkan proses pembuangan najis bayi.
Salah satu cara bilirubin keluar daripada badan bayi ialah melalui najis.
Oleh itu, banyakkan menyusu susu ibu, kerana susu ibu senang dihadamkan dan juga senang diproses. Bila senang diproses, maka lebih keraplah bayi anda akan membuang. Maka peluang untuk mendapat jaundis pun makin kurang.
3. Elakkan memberi air masak/ air glukosa kepada bayi.
Kenapa? Sebab kajian menunjukkan pemberian air masak/ glukosa sebenarnya akan meningkatkan lagi tahap bilirubin. Ini kerana pemberian air masak/ glukosa akan mengurangkan kadar pembuangan najis bayi berbanding jika kita menyusu susu ibu. Sebabnya susu ibu/ breast milk mempunyai kandungan lemak yang akan meningkatkan pembuangan najis bayi.
4. Fototerafi
Apa tu fototerafi? Fototerafi ialah salah satu rawatan yang biasa digunakan dalam merawat semua jenis jaundis yang berlebihan.
Bayi akan diletakkan di bawah lampu biru/ putih/ hijau. Lampu ini sebenarnya sebagai medium untuk meleraikan paras bilirubin melalui kulit. Cahaya tersebut akan diserap oleh bilirubin dan menukarkan bilirubin tadi kepada produk larut air, yang mana kemudiannya ianya boleh dikeluarkan tanpa melalui hati.
Namun begitu penyusuan susu ibu / breastfeeding perlu diteruskan semasa rawatan fototerafi dengan tujuan untuk menambahkan pengambilan cecair. Ini kerana fototerafi mempunyai kesan di mana bayi boleh menjadi dehidrasi kerana pembuangan air melalui najis dan kulit bayi.

No comments:

Post a Comment