Resipi ni saya dapat dari blog yg saya follow. Sharing... Selamat mencuba..
http://ernizz-ernizz.blogspot.com/2011/04/puree-epal-darling.html
Tuesday, April 19, 2011
Thursday, April 14, 2011
Kehamilan: Pengalaman dan Tips
Setelah tiga tahun menempuh alam rumah tangga, kini saya telah memiliki sepasang cahaya mata. Seorang puteri yang comel yang bijak, petah berkata-kata pada usia 1 tahun 7 bulan diberi nama Zara Damia. Namun, hanya bertahan lebih kurang 2 bulan setengah sahaja breastfeed (itupun mix up dgn susu formula). Dan seorang putera yang tinggi dan comel, juga menampakkan tumbesaran fizikal yang lebih cepat berbanding kakaknya, tidak lupa, tersangat manja dgn mak nya (that's me), diberi nama Muhammad Izz Irfan (dah nak masuk 4 bulan breastfeed, Alhamdulillah).
Teringat kembali pengalaman mengandung kedua-dua anak. Memang ada perbezaan antara kedua-duanya. Semasa mengandung anak yang sulung, saya terlalu teruk mengalami alahan. Semua makanan akan keluar balik sejurus selesai makan. Badan saya rasa terlalu lembik pada 4 bulan pertama. Masuk trimester kedua, saya mula sihat, sudah tiada lagi muntah-muntah selepas makan. Apabila sampai ke trimester ketiga, saya mula melalui pengalaman seperti di trimester pertama tetapi kali ini tidak terlalu teruk. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah saya melahirkan.
Berbeza dengan pengalaman semasa mengandung anak kedua, tiada alahan pada waktu siang, hanya alah pada waktu malam sepanjang 3 bulan pertama. Selepas itu, semuanya ok. Lebih aktif dan tidak duduk diam.
Dari segi kesihatan diri semasa mengandung, mengandung anak sulung, saya tiada masalah kesihatan. Tetapi mengandung anak kedua, saya kerap mengalami 'urinary infection'. Kurang minum air masak, doktor kata. Memang benar seperti yang diberitahu doktor, kekadang saya terlupa untuk minum air.
Dari segi persediaan rohani dan pendidikan semasa di dalam kandungan, mengandung yang sulung, saya kerap berzikir, solat sunat, membaca al-quran. Di samping itu, kerap bersembang dan memberi nasihat kepada anak sambil mengusap perut. Tetapi bagi anak kedua, saya kurang melakukan perkara-perkara tersebut kerana lebih sibuk, konon! (Hmm, mak minta maaf Irfan. Bukan sengaja tapi berusaha juga mencuri masa untuk membaca al-quran untuk anak tersayang. Cuma tidak berulang kali seperti mengandung kakak Damia).
Puan-puan, ingatlah, curi masa sebanyak mungkin untuk persediaan rohani dan kerapkan berkomunikasi dengan anak semasa di dalam kandungan. Saya boleh lihat perbezaan di mana anak yang sulung lebih mudah menurut kata berbanding yang kedua. Anak yang sulung apabila lahir, sudah biasa mendengar nasihat saya sejak dari dlm kandungan. Tetapi putera saya, dia mudah faham apa yang saya cakap cuma mungkin dia perlu sedikit masa untuk memproses data yang kita beri. Namun, Alhamdulillah, semakin dia membesar, hari ke hari Irfan makin pantas memahami dan mendengar nasihat. Saya mengingatkan diri saya supaya sekiranya ada rezeki, dapat melalui pengalaman mengandung sekali lagi, saya berharap dapat membuat persediaan rohani dan pendidikan awal semasa bayi masih di dalam kandungan.
Di sini adalah antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca oleh bakal-bakal ibu (Baca berulang kali, jika boleh):
- Al-Fatihah
- Surah Maryam
- Surah Luqman
- Surah Yusuf
- Surah Hujurat
- Surah Yaasin
- Surah An-Nahl
Selepas selesai membaca al-quran, berdoalah dengan penuh yakin dan insaf, untuk Allah permudahkan segala urusan; sepanjang mengandung, bersalin, dalam pantang, dan sepanjang membesarkan anak-anak. Jangan lupa juga mohon ampun daripada suami kerana syurga seorang isteri terletak pada suami.
Tuesday, April 5, 2011
Makanan penambah susu ibu
Salam.
Lebih kurang 3 minggu yang lepas, saya mengalami kemerosotan penghasilan susu. Saya berasa agak tertekan apabila melihat hasil susu yang dapat diperah semakin berkurangan. Hari pertama saya masih berdiam diri. Hari kedua saya dah makin tertekan dengan kemerosotan tersebut. Masuk hari ketiga, saya sudah tidak boleh berdiam diri lagi. Saya mula risau kerana stok susu untuk anak saya terlalu sedikit (salah saya tidak betul2 membuat persedian semasa dalam pantang). Saya berjumpa Pn Farah (Sarakids), seorang kaunselor laktasi meminta pendapat beliau tentang permasalahan saya. Beliau bertanya beberapa soalan yang mungkin menjadi punca kemerosotan penghasilan susu.
Berikut adalah antara faktor2 yang mungkin menyebabkan kemerosotan penghasilan susu ibu:
- Tekanan/ Keletihan
- Pengambilan pil perancang/ jamu/ kacip fatimah/ ubatan yang tidak sesuai untuk ibu menyusu
- Hamil
- Jadual memerah yang tidak konsisten
- Kurang minum air/ dehidrasi
- Pelekapan bayi yang tidak betul/ bayi kurang menyusu secara terus dari ibu
- Lain2 faktor yang boleh menyebabkan penghasilan susu ibu merudum
Saya dapat kenal pasti punca saya kekurangan penghasilan susu mungkin disebabkan pengambilan kacip fatimah dan juga keletihan. Saya berhenti mengambil kapsul kacip fatimah serta-merta dan cuba mencari alternatif/ supplement penambah susu. Saya mengambil pil asi sebagai supplement penambah susu. Cara pemakanan, 2 biji sekali makan untuk 3 kali sehari (pengambilan hendaklah pada waktu yang tetap setiap hari).
Akhirnya, hasil yang saya dapat ialah susu saya mula bertambah setelah 3 hari memakan pil asi tersebut. Namun, saya tidak hanya bergantung pada pengambilan pil asi sahaja. Sebaliknya saya juga mengambil pemakanan yang boleh menambah susu ibu; makan nasi dagang (halba yang terdapat dalam nasi dagang boleh menambah susu ibu), minum soya dan barli.
Subscribe to:
Posts (Atom)