Salam.
Lebih kurang 3 minggu yang lepas, saya mengalami kemerosotan penghasilan susu. Saya berasa agak tertekan apabila melihat hasil susu yang dapat diperah semakin berkurangan. Hari pertama saya masih berdiam diri. Hari kedua saya dah makin tertekan dengan kemerosotan tersebut. Masuk hari ketiga, saya sudah tidak boleh berdiam diri lagi. Saya mula risau kerana stok susu untuk anak saya terlalu sedikit (salah saya tidak betul2 membuat persedian semasa dalam pantang). Saya berjumpa Pn Farah (Sarakids), seorang kaunselor laktasi meminta pendapat beliau tentang permasalahan saya. Beliau bertanya beberapa soalan yang mungkin menjadi punca kemerosotan penghasilan susu.
Berikut adalah antara faktor2 yang mungkin menyebabkan kemerosotan penghasilan susu ibu:
- Tekanan/ Keletihan
- Pengambilan pil perancang/ jamu/ kacip fatimah/ ubatan yang tidak sesuai untuk ibu menyusu
- Hamil
- Jadual memerah yang tidak konsisten
- Kurang minum air/ dehidrasi
- Pelekapan bayi yang tidak betul/ bayi kurang menyusu secara terus dari ibu
- Lain2 faktor yang boleh menyebabkan penghasilan susu ibu merudum
Saya dapat kenal pasti punca saya kekurangan penghasilan susu mungkin disebabkan pengambilan kacip fatimah dan juga keletihan. Saya berhenti mengambil kapsul kacip fatimah serta-merta dan cuba mencari alternatif/ supplement penambah susu. Saya mengambil pil asi sebagai supplement penambah susu. Cara pemakanan, 2 biji sekali makan untuk 3 kali sehari (pengambilan hendaklah pada waktu yang tetap setiap hari).
Akhirnya, hasil yang saya dapat ialah susu saya mula bertambah setelah 3 hari memakan pil asi tersebut. Namun, saya tidak hanya bergantung pada pengambilan pil asi sahaja. Sebaliknya saya juga mengambil pemakanan yang boleh menambah susu ibu; makan nasi dagang (halba yang terdapat dalam nasi dagang boleh menambah susu ibu), minum soya dan barli.
No comments:
Post a Comment