Salam.
Semalam semasa dalam perjalanan balik ke rumah, saya dengar radio memutarkan lagu 'Iman Adalah Mutiara' nyanyian kumpulan nasyid Raihan. Ia mengingatkan saya tentang tahap keimanan saya, suami, dan anak-anak.
Di sini saya sertakan lirik bagi renungan dan peringatan kita bersama.
Iman adalah mutiara,
Di dalam hati manusia,
Yang menyakini Allah,
Maha Esa, Maha Kuasa.
Tanpamu Iman bagaimanalah,
Merasa diri hamba pada-Nya,
Tanpamu Iman bagaimanalah,
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Iman tak dapat diwarisi,
Dari seorang ayah yang bertaqwa,
Ia tak dapat dijual beli,
Ia tiada di tepian pantai.
Walau apapun caranya jua,
Engkau mendaki gunung yang tinggi,
Engkau merentas lautan api,
Namun tak dapat jua dimiliki,
Jika tidak kembali pada Allah.
Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Mitos vs Fakta
Mitos 1
Wanita hamil tidak boleh mengambil minuman berkafein.
Fakta 1
Sebenarnya ianya adalah selamat bagi wanita hamil untuk minum minuman berkafein sebanyak 200mg/12oz sehari, tetapi tidak digalakkan untuk mengambil lebih daripada jumlah tersebut kerana dikhuatiri berlaku keguguran.
Mitos 2
Tiada risiko bagi ibu dan bayi sekiranya mengambil epidural.
Fakta 2
Terdapat beberapa risiko yang mungkin dialami setelah pengambilan epidural seperti menggeletar, sakit belakang, dan pernafasan tersumbat, juga boleh menyebabkan proses kelahiran semulajadi lebih sukar.
Mitos 3
Ibu baru melahirkan mudah lupa.
Fakta 3
Walaupun ibu-ibu yang baru melahirkan mudah lupa perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan bayi, namun data penyelidikan menunjukkan peningkatan di beberapa bahagian otak/minda yang menjadikan ibu-ibu lebih pantas dan bijak selepas melahirkan.
Mitos 4
Bayi yang besar/ berat semasa berada di dalam kandungan akan menyebabkan proses kelahiran lebih sukar.
Fakta 4
Sebenarnya banyak faktor yang akan membawa kepada proses kelahiran menjadi lebih sukar, salah satu penyebab utama ialah kedudukan bayi semasa di dalam kandungan.
Mitos 5
Sekiranya seseorang ibu itu tidak mengamalkan diet/ pemakanan yang sihat, lebih baik memberi bayi susu formula.
Fakta 5
Kecuali seseorang ibu itu mengambil dadah atau ubat-ubatan yang mengandungi dos yang tinggi, penyusuan susu ibu (breastfeeding) itu sentiasa merupakan opsyen terbaik bagi bayi berbanding susu formula.

Subscribe to:
Posts (Atom)