Salam.
Bercerita tentang penyusuan susu ibu (breastfeeding), biasanya dikaitkan dengan breast pump. Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan, akan mula memikirkan sama ada mahu menyusu bayi yang bakal lahir secara eksklusif atau tidak.
Pada pendapat saya, sekiranya jawapan yang diberi ialah ya, ditambah pula dengan ibu itu seorang ibu yang bekerjaya, ibu itu patut memikirkan dan membuat perhitungan tentang breast pump bagaimana yang sesuai digunakan nanti. Terdapat pelbagai pilihan breast pump di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Ada yang berfungsi secara manual, bateri dan/atau elektrik. Ada pula yang hanya boleh mengepam sebelah payudara dalam satu masa dan ada juga yang boleh melakukannya kedua-dua belah payudara sekali dalam satu masa.
Apapun pilihan terletak di tangan ibu itu sendiri. Tiada paksaan di dalam memilih pam mana yang terbaik. Bagi saya, setiap orang ada pendapat dan kesesuaian masing-masing. Di sini, saya cuma ingin mencadangkan beberapa pam yang mungkin boleh dimiliki oleh ibu-ibu bekerjaya berdasarkan bajet dan kesesuaian. Review adalah berdasarkan pendapat saya sahaja, juga melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.
Model: Medela Mini Electric
Review:
Pam ini merupakan dwi-fungsi, di mana ibu-ibu boleh menggunakannya secara bateri atau elektrik. Ia membolehkan ibu-ibu mengepam sebelah payudara sahaja pada satu masa. Penggunaan 2 bateri AA. Saiznya yang kecil menarik perhatian ibu-ibu. Sesuai untuk penggunaan di rumah mahupun di luar. Mudah dibawa ke mana-mana.
Model: Medela Freestyle
Review:
Pam ini merupakan pam yang terkecil di dunia (lebih kurang sebesar tapak tangan) tetapi mempunyai kelebihan dari segi pengepaman berganda secara elektrik/bateri yang sangat memuaskan. Penggunaan bateri rechargeable. Harga bagi set pam ini agak mahal tetapi hasilnya sangat berbaloi. Penggunaanya lebih flexible di mana ibu-ibu boleh memilih sama ada mahu memegang botol perahan atau pun menggantungnya menggunakan kit yang disediakan tanpa perlu memegang botol (handsfree), di samping tetap boleh melakukan tugasan seharian. Ianya amat sesuai bagi ibu-ibu yang melakukan penyusuan secara eksklusif dan kerap.
Model: Medela Swing
Review:
Pam elektrik ini besar sedikit dari pam medela freestyle. Menggunakan butang untuk fungsi on/off dan melaraskan sedutan (suction). Hanya boleh melalukan pengepaman sebelah payudara pada satu masa. Sesuai untuk penggunaan biasa mahupun eksklusif dan kerap.
Model: Medela Harmony
Review:
Pam ini merupakan pam manual yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun ianya adalah pam manual tetapi ramai juga ibu-ibu di luar sana selesa menggunakannya. Memberikan hasil sedutan hampir kepada sedutan bayi. Tidak menyakitkan.
Model: Spectra3
Review:
Pam elektrik berganda berganda yang memberikan kepuasan kepada pengguna. Mempunyai sedutan hampir kepada hisapan bayi dan tidak menyakitkan kerana ibu-ibu boleh melaras sendiri tahap sedutan yang dirasakan selesa. Walaupun mesin pam agak berat tetapi harga dan hasil yang diberikan berbaloi bagi pam elektrik berganda. Saya juga merupakan salah seorang pengguna pam ini dan saya sangat berpuas hati dengan hasil yang diberikan.
Model: Unimom Allegro
Review:
Pam ini kecil dan ringan. Penggunaan elektrik/bateri (4AA bateri). Boleh berfungsi untuk sebelah atau dwi pengepaman. Feedback yang saya dapat dari pengalaman beberapa pengguna pam ini mengatakan ianya tidak menyakitkan dan memberikan sedutan yang baik. Sesuai untuk penggunaan biasa.
Model: Unimom Mezzo
Review:
Pam manual ini tidak menyakitkan dan dapat memberikan sedutan yang baik. Sangat berbaloi kerana harganya tidak begitu mahal. Saya sendiri menggunakan pam ini dan berpuas hati dengan hasilnya.
Bagi ibu-ibu yang merupakan suri rumah atau yang tidak membuat penyusuan eksklusif mungkin boleh juga merujuk kepada review-review di atas untuk pemilihan pam yang sesuai.
Pilihan terletak di tangan ibu-ibu sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Sekali lagi, kesemua review yang diberikan adalah berdasarkan pendapat, pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. Mungkin juga ibu-ibu di luar sana mempunyai pendapat yang berlainan.
Jumpa lagi.