Thursday, September 15, 2011

Persediaan Untuk Menerima Cahaya Mata

Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Persediaan untuk menerima kedatangan bayi. Biasanya ibu bapa yang baru pertama kali ingin menimang cahaya mata akan lebih teruja membuat persediaan untuk kedatangan insan baru dalam hidup mereka.Saya kongsikan di sini beberapa persediaan yang perlu dibuat mengikut pengalaman dan cara saya.

Antara persediaan yang harus dibuat termasuklah menghias bilik si kecil. Untuk menghias bilik si kecil ini, biasanya ibu bapa telah terlebih dahulu mengetahui jantina anak yang bakal lahir melalui keputusan scanning oleh doktor. Jika bayi yang bakal dilahirkan itu perempuan, bilik itu akan dihiasi dengan elemen-elemen yang feminin. Jika sebaliknya, bilik itu akan nampak lebih kelelakiannya. Bagi ibu bapa yang menanti kejutan jantina bayi yang bakal lahir, mungkin boleh menghias bilik itu neutrally. Namun begitu, tidak semua ibu bapa yang akan menyediakan satu bilik khas untuk bayi mereka yang baru lahir. Untuk itu, cukup sekadar sediakan baby cot/ playpen untuk bayi dan aksesori yang sesuai. Apapun, terpulang kepada keputusan yang dipersetujui kedua-dua ibu bapa.

Selain itu, antara perkara penting yang perlu dicatitkan dalam diari ibu hamil ialah persediaan untuk menghadiri kelas penyusuan. Ini bukan hanya tertakluk kepada ibu yang pertama kali hamil tetapi kepada semua ibu-ibu hamil yang ingin mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu.

Dan yang ketiga, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar tentang cara menukar lampin bayi, lampin yang sesuai ( sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden yang lebih menjimatkan wang dan membantu di dalam melindungi alam sekitar). Sekiranya bayi mendapat ruam lampin, apa yang patut dibuat, krim atau losyen yang sesuai dengan bayi dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi persediaan yang perlu dibuat. Mungkin saya akan update lagi di lain masa, Insya-Allah.



No comments:

Post a Comment