Monday, October 3, 2011

Cara Penyimpanan Susu Ibu Perahan

Salam.

Di sini saya ingin berkongsi cara-cara bagaimana untuk menyimpan susu ibu perahan.

  1. Susu ibu perahan hendaklah disimpan/ dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan susu atau botol penyimpanan susu ibu atau plastik penyimpanan susu ibu yang sesuai, di mana material yang digunakan untuk penyimpanan tersebut bebas BPA (BPA Free).
  2. Berapa oz untuk satu bekas penyimpanan bergantung  kepada berapa banyak bayi minum untuk satu sesi. Kebiasaannya, kita galakkan menyimpan secara 2-3 oz untuk satu bekas penyimpanan. Jadi, apabila telah dicair/atau dipanaskan, tidak akan membazir untuk baki yang tidak diminum.
  3. Selain itu, sila pastikan setiap bekas penyimpanan dicatat tarikh dah masa perahan untuk mengelakkan daripada susu tersebut masih digunakan walaupun tempoh ketahanan susu tersebut telah tamat.
  4. Semasa menyimpan di dalam peti sejuk/ peti sejuk beku/ peti dingin beku, sila pastikan bahawa susu ibu perahan tersebut disimpan di bahagian dalam supaya suhu dingin lebih tahan lama.
  5. Ketahanan susu:
  • Dalam suhu bilik biasa : 4 ke 6 jam
  • Dalam suhu bilik berhawa dingin : 8 ke 10 jam
  • Dalam peti sejuk : 5 hari
  • Dalam peti sejuk beku satu pintu : 2 minggu
  • Dalam peti sejuk beku dua pintu : 3 bulan
  • Dalam peti dingin beku : sehingga 6 bulan
  1. Untuk memanaskan susu ibu perahan, susu yang diletakkan di peti sejuk beku/ dingin beku hendaklah dicairkan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipanaskan. Jumlah susu yang perlu diturunkan adalah bergantung kepada berapa banyak amaun  yang diminum oleh bayi sepanjang berada di rumah pengasuh.
  2. INGAT!!! Susu yang telah dicairkan tidak boleh lagi disimpan di dalam peti sejuk/dingin beku. Ketahanan susu tersebut adalah selama 24 jam.
  3. Untuk memanaskan susu yang telah dicairkan di dalam peti sejuk, hendaklah menggunakan warmer atau air suam. TIDAK BOLEH dipanaskan di dalam microwave atau air yang sedang mendidih.
  4. Susu yang telah dipanaskan, boleh tahan selama lebih kurang 1 ke 2 jam.

No comments:

Post a Comment