Salam.
Adakah anda merupakan
ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak anda dengan penyusuan susu ibu
secara eksklusif? Atau, mungkin juga anda masih menyusukan anak dengan
penyusuan susu ibu tetapi diselang-seli dengan penyusuan formula? Atau mungkin
juga anda memang memberi anak anda dengan peyusuan formula sepenuhnya?
Walau apapun jawapan
yang diberi kepada persoalan-persoalan di atas, hanya anda sebagai ibu yang
layak menentukan apa yang terbaik untuk anak-anak anda. Namun, bagi diri saya
sendiri sebagai ibu, saya telah mencuba sedaya-upaya saya untuk menyusukan
anak-anak saya dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Saya seorang ibu yang
mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Anak sulung saya kini baru berumur 2
tahun 8 bulan. Umur anak kedua pula 1 tahun 5 bulan. Dan, anak yang paling
kecil baru sahaja hadir ke dunia ini selama 49 hari. Mengikut pengalaman saya
yang telah bersalin 3 kali dan menempuh kehidupan sebagai ibu bagi anak-anak
kecil ini, saya telah melakukan ketiga-tiga perkara dari persoalan-persoalan di
atas.
Pengalaman sulung
yang terlalu cetek pengetahuan menyebabkan saya memberi anak saya susu ibu diselang-seli dengan susu formula
pada awal kelahiran sehingga dia berumur hampir 2 bulan, telah diberi susu
formula sepenuhnya. Pengalaman kedua menyedarkan saya tentang perkara di atas.
Saya berusaha melakukan penyusuan susu ibu secara eksklusif tetapi telah mula
diselang-seli dengan formula semasa dia berusia 5 bulan lebih. Kini, dengan
kelahiran ketiga saya masih melakukan penyusuan susu ibu secara eksklusif tetapi
dengan keadaan yang lebih bersedia dan tenang.
Jujur saya katakan,
bukan mudah untuk membuat penyusuan susu ibu secara eksklusif. Banyak rintangan
dan dugaan yang harus dihadapi. Anda harus kuat, sabar, tenang, dan
berpengetahuan. Pada awal minggu kelahiran, kebiasaannya ibu-ibu akan
menghadapi keadaan putting yang luka, breast yang membengkak (yang mungkin akan
menyebabkan demam), anak yang belum betul-betul pandai menghisap dari breast,
orang sekeliling yang berkata kepada anda bahawa anak anda lapar (tak cukup
susu, campur la dengan susu formula), dan lain-lain keadaan lagi. Namun,
seperti yang telah saya nyatakan tadi, anda harus kuat, sabar, tenang, dan berpengetahuan.
Anak-anak saya yang
diberi susu ibu sepenuhnya memang manja. Kadang-kadang mungkin boleh membuat
anda rasa tidak selesa kerana susah untuk bergerak ke mana-mana. Sentiasa ingin
didakap. Namun, sekali lagi pesanan saya, anda
harus kuat, sabar, tenang, dan berpengetahuan.
Saya tidak pernah
memaksa anda untuk memilih penyusuan susu ibu secara eksklusif. Tetapi,
hakikatnya, itulah yang terbaik untuk bayi anda. Memang memenatkan tetapi anda
happy. Jika tidak pun, penyusuan susu ibu di selang-seli
dengan susu formula adalah lebih baik daripada membuat penyusuan formula
sepenuhnya. Saya juga menggalakkan ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan bayi anda
sepenuhnya supaya menyediakan keperluan-keperluan penyusuan susu ibu. Ini bukan
hanya terhad bagi ibu-ibu yang bekerja.
Pengalaman saya kini
sebagai ibu yang tidak bekerja, semasa saya pergi membeli-belah. Saya tidak
membawa nursing cover/poncho. Juga tidak memakai baju nursing. Sedang memilih
barang-barang, anak saya ingin menyusu. Saya cuba mencari tempat duduk yang
sesuai untuk menyusukan anak saya tetapi tidak ada bench untuk saya duduk
menyusu dan akhirnya saya terpaksa menyusukan anak saya di dalam toilet. Saya benar-benar
rasa sedih dan menyesal kerana terpaksa memberi anak saya ‘makan’ dalam toilet.
Mohon ampun Ya Allah.
Jadi, saya berkongsi
pengalaman tersebut untuk menyedarkan saya dan ibu-ibu di luar sana supaya
bersedia dengan keperluan-keperluan penyusuan susu ibu. Semoga kita berjaya
memberi yang terbaik untuk anak kita. Semoga mendapat keberkatan dari Allah
Yang Maha Esa. Amin.
saya sgt bersetuju..saya ibu kpd bayi yg berumur 4 bulan.
ReplyDeleteanak saya lahir 4 minggu lebih awal dan beratnya ketika itu hnya 2.1kg..di awal kelahirannya,dia langsung x pandai menyusu tapi saya minta suami belikan breastpump dan menyusukannya melalui botol.Tapi,bukan semudah itu kerana anak saya m'hidap jaundis yg menyebabkan dia asyik tidur dan susah nak dikejutkan utk menyusu.
Beberapa hari selepas itu,saya dan anak admitted to nicu,disebabkan jaundisnya yg terlalu tinggi.Saya kuatkan hati mengepam susu setiap 2 jam walaupun setiap sesi hasilnya kurang dari 1oz.selepas 2 mggu akhirnya anak saya mula pandai menyusu.saya teruskan BF sehingga sekarang.
Susu saya memang x byk,anak saya memang menyusu lama sehingga 1-2 jam.sampai sekarang pun kalau dipam hasilnya 2-3oz sahaja.
Ini kerana saya mengalami masalah PCOS(polycystic ovarian syndrome),dimana secara semulajadinya kelenjar mamari yg m'hasilkan susu itu kurang.
Disebabkan itu juga,saya risau anak saya tidak cukup susu apabila saya kembali bekerja nanti,saya akhirnya memberinya susu formula berselangseli dgn susu badan.
Saya sedih,tapi saya tiada pilihan.Saya tetap terus mengepam susu utk p'sediaan apabila bekerja nnti walaupun hasilnya cuma 2-3oz sahaja setiap sesi.Bagi saya,susu formula itu sbg 'back up' shj.Saya yakin pada rezki Yg Allah berikan utk anak saya.
Saya seorang ibu bekerja yang menyusukan anak masih secara ekslusif selama 14bulan kini...Alhamdulillah..anak saya murah rezeki :)
ReplyDeleteJom saya kongsi tips yang saya guna pakai pula. Jemput visit blog saya.. http://mizurasvitashop.blogspot.com/