Salam. Bercerita tentang penjagaan diri dan kesihatan semasa dlm nifas/ pantang, di sini ingin saya berkongsi beberapa info penting tentang nifas. Info ini saya peroleh melalui pembacaan saya di majalah kehamilan dan kelahiran (Kompilasi majalah Feminin & Famili). Berikut merupakan perkara-perkara yang biasa terjadi semasa di dlm nifas:
1. Mudah mendapat jangkitan
Sewaktu dalam nifas, suhu badan puan mungkin mengalami peningkatan atau puan mungkin mengalami kesakitan. Demam semasa nifas menunjukkan adanya jangkitan yang sering berlaku pada saluran peranakan, atau mungkin juga disebabkan susu badan tidak keluar terutama pada hari ketiga dan keempat. Selain itu, payudara yang membengkak diikuti dgn kesakitan juga boleh menyebabkan puan demam. Demam ini biasanya akan sembuh selepas 24 jam.
2. Kejang di bahagian perut
Wanita yang pertama kali melahirkan akan mengalami pengecutan rahim dan cenderung kepada kelesuan selain timbulnya kesakitan atau kekejangan perut. Tambahan pula jika terdapat darah beku di dalam rahim. Kadangkala kesakitan ini menyebabkan si ibu mengalami kesakitan yang kuat dan memerlukan ubat untuk meredakannya. Selain itu, kesakitan perut juga dapat dirasai ketika bayi menyusu badan. Kesakitan ini akan hilang dengan sendirinya.
3. Perubahan kandungan darah
Jumlah sel darah merah dan hemoglobin akan berubah, jumlah sel darah putih mungkin bertambah. Selepas seminggu, semuanya akan kembali normal. Degupan jantung dan jumlah darah yang dipam oleh jantung masih lagi tinggi ketika awal nifas.Namun, selepas 2 minggu, ia akan kembali normal.
4. Berat badan turun
Selepas bersalin, puan akan kehilangan berat badan antara 5-6kg (selepas bayi keluar bersama plasenta, air ketuban dan darah). 2-3kg lagi melalui air kencing. Ini adalah proses tubuh mengeluarkan cecair yang dahulunya dihasilkan semasa hamil. Kebanyakan wanita akan kembali ke berat idealnya selepas 6 bulan, biarpun sebahagian besar lagi akan bertambah berat badan.
5. Segera bergerak
Ketika nifas juga, puan sebaiknya melakukan pergerakan mudah dan ringkas beberapa jam. Selepas bersalin, segeralah bangun dari tempat tidur dan cuba bergerak. Jika dpt bergerak dgn byk adalah lebih baik. Dengan cara ini, masalah untuk membuang air kecil dan air besar dpt diatasi.
6. Menjaga kebersihan
Vulva (bibir kemaluan) harus selalu dibersihkan. Jika tidak, boleh sebabkan risiko jangkitan. Jika terdapat bengkak, tekapkan tempat tersebut ddgn air batu bagi mengurangkan ketidakselesaaan. Atau, boleh juga dilakukan dgn cara duduk rapat dan berendam dlm air suam selepas 24 jam bersalin. Sekiranya tiada jangkitan, penggunaan antiseptik tidak diperlukan, cukup sekadar mencuci dgn air bersih sahaja. Tidak perlu risau jahitan akan terbuka.
7. Jangan tahan
Rasa sakit atau takut akan menyebabkan anda enggan membuang air kecil. Tetapi, cubalah membuangnya secara teratur kerana kandungan urin berlebihan akan mengganggu proses pengecutan dan menyebabkan pendarahan di rahim. Begitu juga halnya dengan membuang air besar. Sesudah wanita melahirkan, biasanya keinginan untuk membuang air besar akan terbantut kerana ditakuti jahitan akan terbuka. Namun, najis yang terkumpul beberapa hari dan tidak dikeluarkan akan menjadi keras dan ini akan menyukarkan lagi pembuangan air besar.
8. Berwaspada 'post-partum blues'
Sebahagian wanita selepas melahirkan mengalami tekanan yang dipanggil 'post-partum blues'. Ia disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan emosi (berasa takut melahirkan), terlalu letih, berasa janggal, bimbang tidak mampu menjaga bayi, dan gusar perubahan bentuk badan. Tekanan perasaan sebegini biasanya akan hilang selepas 2-3 hari, namun adakalanya keadaan ini boleh menjadi lebih lama. Perhatian daripada suami dan keluarga dapat membantu menghilangkan tekanan ini.
Wednesday, December 8, 2010
Sunday, November 14, 2010
Kepentingan penyusuan susu ibu (breastfeeding) selepas melahirkan
Salam. Hari ini saya berminat untuk berkongsi idea ttg tajuk di atas. Satu jam yg pertama selepas melahirkan merupakan saat yang paling penting bagi seorang ibu untuk memberi anaknya merasai titisan susu ibu. Pemberian susu ibu dalam jangka waktu ini memberi banyak manfaat bukan sahaja untuk anak tersebut malahan untuk ibu itu sendiri.
Antara manfaat yang diperoleh daripada penyusuan susu ibu selepas satu jam pertama kelahiran ialah:
- Membina sistem imunisasi tubuh bayi tersebut. Susu yang keluar pada satu jam pertama itu dipanggil 'kolustrum' dimana terdapat kadar vitamin A dan antibodi yang tinggi. Kolustrum dapat mencegah bayi daripada mudah mendapat jangkitan. http://www.breastfeeding.com/all_about/all_about_immune.html
- Membantu menggalakkan bayi untuk terus menyusu (Helps to establish and maintain breastfeed).
- Merapatkan lagi hubungan antara ibu dan bayi.
- Membantu ibu mempunyai 'sense' apabila bayi mula lapar dan berkehendakkan susu ibu.
- Mengurangkan risiko ibu untuk mendapat kanser payudara dan ovari.
Friday, November 12, 2010
Tekanan darah rendah di kalangan wanita hamil
Hari ni sudah masuk 3 hari saya mengalami sakit kepala. Sakit kepala yang x blh nak describe; badan rasa melayang2, kadang2 tiba-tiba badan berpeluh-peluh, rasa nak pitam. Kadang2 tu rasa darah turun naik, stress tp x tau apa yg saya stress kan. Mlm bila terjaga susah nak lena blk, rasa semua posisi x selesa.
Mlm semlm suami saya bawa saya ke klinik, check up. Takut ada yang x kena, kandungan dah nak masuk 8 bulan. Dr kata tekanan darah saya rendah. Tp x perlu mkn ubat. Cuma perlu meneruskan pengambilan vitamin. Hmm, badan mmg rasa x selesa tp saya x layan sgt. Kandungan kali ni berbeza dr yg dulu. Masa anak sulung dulu, saya mengalami alahan yg teruk di awal dan akhir kehamilan. Hampir bersalin, alahan dah makin kurang. Tp kali ni, saya x alah sgt di awal kehamilan. Tp sejak meningkat usia kandungan, mcm2 yang saya alami. Betul spt kata kebanyakan org, setiap kandungan itu berbeza antara satu sama lain.
Klik pada link di bwh untuk article tekanan darah rendah di kalangan wanita hamil;
Monday, November 8, 2010
Assalamualaikum
Selamat datang ke blog Simple Mom And Kids. Ini adalah kali pertama saya menulis di dalam blog. X pernah terbayang pun sebelum ni yang saya akan create a blog. Blog ini akan menjadi medan untuk saya meluah pendapat dan berkongsi informasi dgn rakan2 blogger yang lain. Saya merupakan seorang ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun sebulan dan bakal menimang seorang lg cahaya mata, Insya-Allah awal January tahun depan. Saya sentiasa berdoa agar dipermudah proses saya untuk bersalin dan sepanjang berada dlm pantang nnt. Mudah dr segala segi, Insya-Allah. Hanya Allah saja yang tau bagaimana perasaan saya pd masa kini. Takut, gembira, sedih, bersyukur, berdebar2 dan sebagainya. Kalo diingat balik pengalaman melahirkan anak pertama, Alhamdulillah, x de masalah. Cuma saya mengalami masalah kurang/tiada susu badan. Pelik kan. Bagaimana kita boleh kata seorang perempuan yang pernah mengandung selama lbh kurang 9 bulan tdk mempunyai susu ibu sedangkan seorg lg perempuan yg tdk pernah mengandung ttp mengambil anak angkat blh menyusu sendiri anak angkat tersebut. Allah takkan jadikan seorang ibu itu x dpt memberi makan/minum kpd anaknya. Saya berfikir kembali kemudiannya (setelah anak saya hanya breastfeed selama lbh kurang 2 bln setengah shj). Namun, kerana kurangnya pengetahuan dan info berkaitan breastfeeding, saya membiarkan shj anak saya minum susu formula. Pd masa itu, hati saya blom cukup kuat utk mendgr tangisan anak saya apabila saya mencuba berkali-kali untuk menyesuaikan dan membuat dia kembali selesa dgn breast saya. Saya tdk berusaha dgn bersungguh-sungguh, saya rasa. Kali ini, saya nekad walau bagaimana susah sekalipun, saya tdk akan sekali-kali membiarkan anak saya minum susu formula sekurang-kurangnya pd 6 bln pertama kelahirannya. Namun saya berniat untuk continue breastfeed him/her sehingga umurnya mencecah 2 tahun. I missed salah satu suruhan Allah, tanggungjawab seorang ibu untuk menyusukan anaknya selama 2 tahun. Namun saya sentiasa memohon keampunan Allah di atas kesilapan saya itu dan berdoa moga2 anak saya sentiasa di bwh lindungan-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)