Monday, November 8, 2010

Assalamualaikum


Selamat datang ke blog Simple Mom And Kids. Ini adalah kali pertama saya menulis di dalam blog. X pernah terbayang pun sebelum ni yang saya akan create a blog. Blog ini akan menjadi medan untuk saya meluah pendapat dan berkongsi informasi dgn rakan2 blogger yang lain. Saya merupakan seorang ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun sebulan dan bakal menimang seorang lg cahaya mata, Insya-Allah awal January tahun depan. Saya sentiasa berdoa agar dipermudah proses saya untuk bersalin dan sepanjang berada dlm pantang nnt. Mudah dr segala segi, Insya-Allah. Hanya Allah saja yang tau bagaimana perasaan saya pd masa kini. Takut, gembira, sedih, bersyukur, berdebar2 dan sebagainya. Kalo diingat balik pengalaman melahirkan anak pertama, Alhamdulillah, x de masalah. Cuma saya mengalami masalah kurang/tiada susu badan. Pelik kan. Bagaimana kita boleh kata seorang perempuan yang pernah mengandung selama lbh kurang 9 bulan tdk mempunyai susu ibu sedangkan seorg lg perempuan yg tdk pernah mengandung ttp mengambil anak angkat blh menyusu sendiri anak angkat tersebut. Allah takkan jadikan seorang ibu itu x dpt memberi makan/minum kpd anaknya. Saya berfikir kembali kemudiannya (setelah anak saya hanya breastfeed selama lbh kurang 2 bln setengah shj). Namun, kerana kurangnya pengetahuan dan info berkaitan breastfeeding, saya membiarkan shj anak saya minum susu formula. Pd masa itu, hati saya blom cukup kuat utk mendgr tangisan anak saya apabila saya mencuba berkali-kali untuk menyesuaikan dan membuat dia kembali selesa dgn breast saya. Saya tdk berusaha dgn bersungguh-sungguh, saya rasa. Kali ini, saya nekad walau bagaimana susah sekalipun, saya tdk akan sekali-kali membiarkan anak saya minum susu formula sekurang-kurangnya pd 6 bln pertama kelahirannya. Namun saya berniat untuk continue breastfeed him/her sehingga umurnya mencecah 2 tahun. I missed salah satu suruhan Allah, tanggungjawab seorang ibu untuk menyusukan anaknya selama 2 tahun. Namun saya sentiasa memohon keampunan Allah di atas kesilapan saya itu dan berdoa moga2 anak saya sentiasa di bwh lindungan-Nya.

No comments:

Post a Comment