Sunday, November 14, 2010

Kepentingan penyusuan susu ibu (breastfeeding) selepas melahirkan

Salam. Hari ini saya berminat untuk berkongsi idea ttg tajuk di atas. Satu jam yg pertama selepas melahirkan merupakan saat yang paling penting bagi seorang ibu untuk memberi anaknya merasai titisan susu ibu. Pemberian susu ibu dalam jangka waktu ini memberi banyak manfaat bukan sahaja untuk anak tersebut malahan untuk ibu itu sendiri.

Antara manfaat yang diperoleh daripada penyusuan susu ibu selepas satu jam pertama kelahiran ialah:
  • Membina sistem imunisasi tubuh bayi tersebut. Susu yang keluar pada satu jam pertama itu dipanggil 'kolustrum' dimana terdapat kadar vitamin A dan antibodi yang tinggi. Kolustrum dapat mencegah bayi daripada mudah mendapat jangkitan. http://www.breastfeeding.com/all_about/all_about_immune.html
  • Membantu menggalakkan bayi untuk terus menyusu (Helps to establish and maintain breastfeed).
  • Merapatkan lagi hubungan antara ibu dan bayi.
  • Membantu ibu mempunyai 'sense' apabila bayi mula lapar dan berkehendakkan susu ibu.
  • Mengurangkan risiko ibu untuk mendapat kanser payudara dan ovari.

No comments:

Post a Comment