Sunday, August 7, 2011

Peranan Bapa Di Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Salam.

Senario:
'Tanggal 20 December 2010, proses bersalin telah  selesai. Syukur Allah kerana masih memberi peluang untuk aku terus hidup di dunia ini sebagai hambaMu. Terima kasih juga kerana memberi peluang kepadaku menjadi seorang ibu untuk bayiku dan seterusnya menyusukan bayi itu dengan hasil yang datang dari darah dagingku. Penyusuan susu ibu. Ya, walaupun aku seorang ibu bekerjaya tetapi tidak menamatkan tempoh penyusuan susu ibu secara eksklusif hanya setakat habis berpantang. Sebaliknya penyusuan secara eksklusif harus diteruskan sehingga bayi berumur 6 bulan.'

Senario di atas menunjukkan peranan seorang ibu untuk menyusukan bayinya secara eksklusif. Tanggungjawab ini tidak hanya tertakluk pada ibu itu sahaja malahan perlu mendapat sokongan dan bantuan dari suami atau bapa. Berikut disenaraikan peranan-peranan seorang suami dan bapa di dalam menjayakan penyusuan susu ibu:
  1. Bersama-sama menambah ilmu pengetahuan tentang penyusuan susu ibu dengan menghadiri kelas penyusuan dan/atau melalui pembacaan dan pengalaman orang lain.
  2. Membantu memberi keselesaan kepada ibu semasa menyusukan anak seperti meletak bantal untuk disandar atau membawakan air masak yang cukup untuknya kerana penyusuan akan menyebabkan kehausan kepada si ibu.
  3. Bantu ibu bertenang semasa penyusuan dan betulkan posisi 'latching' seorang bayi.
  4. Biarkan ibu tidur semasa bayi sedang tidur kerana ibu memerlukan rehat yang cukup untuk segeran pulih selepas bersalin.
  5. Membantu di dalam kerja-kerja rumah supaya si ibu dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap penjagaan kesihatan ibu dan juga bayi.
  6. Membantu menjaga anak yang lebih tua supaya si ibu dapat berehat dengan bayi.
  7. Masak makanan yang berkhasiat untuk ibu.
  8. Pastikan ibu dibantu oleh sesiapa semasa ketiadaan bapa.
  9. Memberi sokongan penuh kepada isteri di dalam penyusuan susu ibu.
  10. Menjadi seorang pendengar setia kepadan ibu. Memberi semangat kepada ibu untuk penyusuan susu ibu secara eksklusif.

No comments:

Post a Comment