Wednesday, August 3, 2011

Resipi Mi Kuah

Salam.

Selamat berpuasa semua. Hari pertama puasa tahun ni, suami saya teringin nak makan mi kuah (resipi yang saya dapat dari episod 'Resipi dari Istana' dari Kerabat Diraja Perak. Resipi ni dimasak buat pertama kali semasa saya masih mengandung anak sulung saya. Ini merupakan kali kedua saya memasaknya. Risau jugak takut x jadi, tp Alhamdulillah suami saya makan dengan begitu berselera sekali. Saya ingin kongsikan resipi ini disini (Maaf, saya terlupa untuk mengambil gambar mi yang telah siap dimasak). Saya masak resipi ini mengikut citarasa dan selera saya dan suami.

Resipi Mi Kuah (Lbh kurang untuk 2-3 orang makan)
1 bungkus mi kuning (dicelur)
Isi ayam/ daging/ udang
Sayur Sawi dan taugeh
Tauhu
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Halia (dalam 1/2 inci) (dikisar)
8 sudu cili boh/ 10 cili kering (dikisar)
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 camca teh kicap
Air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak Masak

Untuk hiasan:
Daun sup dan daun bawang
Cili merah
Bawang goreng

Cara memasaknya:
Pertama sekali, goreng tauhu terlebih dahulu. Kemudian, angkat dan ketepikan (Apabila sudah kurang panas, belah dua dan hiris tauhu yang telah digoreng tadi). Panaskan sedikt minyak masak, tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Kemudian, masukkan isi ayam/ daging/ udang. Masukkan air (Biarkan berkuah). Apabila telah hampir masak, masukkan sayur sawi dan taugeh beserta mi kuning yang telah dicelur tadi. Garam dan gula secukup rasa dan jangan lupa akhir sekali, masukkan tauhu goreng yang telah dihiris tadi. Hiaskan dengan bahan-bahan hiasan.

No comments:

Post a Comment